Bila anda kesepian anda perlukan siapa? selain keluarga.Erm..Bgi contoh lagu najwa yang bertajuk sahabat.''Kau ada dikalau ku jatuh'' bermaksud sahabat yang sejati akan menemani kita diwaktu kita gembira mahupun terluka. Anda ingat lagi lagu Dato Siti Nurhaliza 'Lebih Inda'...Disekelilingmu ada dinding-dinding yang menghalangi dan merintangi... Cuba kita gantikan dengan lagu ni...'Disekelilingku ada rakan-rakan yang sejati dan membahgiakan jiwa serta hati'
Apa macam ada best tak suara anda bila mnyayikan lagu ini.Sebenarnya saya bukan nak ajar menyayi tapi saya ingin menunjukkan kepada anda apa itu kawan/sahabat?. Melalui kajian saya bila saya tanya kepada pelajar apa itu sahabat? respon pelajar hanya tersenyum tanda tidak tahu.Bila saya pilih secara rawak dengan memilih seorang dari mereka dan mengatakan Apa maksud Sahabat?kata pelajar berkenaan maksud sahabat ialah kawan! dengan simpoinya perkataan itu.Bila ditanya sekali lagi kpd pelajr yang sama malangnya saya sendiri sakit hati adakah patut saya kata apa 'contoh sahabt, dia kata dengan bangganya sahabat itu ialah sahabat itu pun tak tahu ke hayya....
Okay di sini saya nak habak sikit sahabat dan kawan ada bezanya. Jom kita tengok apa bezanya.. Jomalah !!!
Ciri - cirinya
''KAWAN...
-> Sukar di cari apabila dalam kesusahan.
-> Suka mencari kesalahan
-> Akan muncul waktu senang sahaja
-> Suka bercakap belakang
-> Hanya tempat untuk bersuka ria sahaja
''' SAHABAT...
-> Sentiasa ada bila di perlukan
-> Sentiasa saling membantu dan menasihati
-> Akan ada waktu susah mahupun senang
-> Akan sentiasa menjaga aib sahabatnya
-> Bergado macam mana sekali pun pasti akan berbaik semula
-> Tiada sikap dengki atau sebagainya.
*** kawan? dan sahabat? kedua-duanya kita perlukan baru kita dapat rasakan perbezaan antara kawan dan sahabat.
### kata-kata mutiara dari saya...
'' Bila bersahabat jangan jadi seperti bayang-bayang yang hanya muncul pada waktu terang dan menghilang pada waktu gelap''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan