Bila anda kesepian anda perlukan siapa? selain keluarga.Erm..Bgi contoh lagu najwa yang bertajuk sahabat.''Kau ada dikalau ku jatuh'' bermaksud sahabat yang sejati akan menemani kita diwaktu kita gembira mahupun terluka. Anda ingat lagi lagu Dato Siti Nurhaliza 'Lebih Inda'...Disekelilingmu ada dinding-dinding yang menghalangi dan merintangi... Cuba kita gantikan dengan lagu ni...'Disekelilingku ada rakan-rakan yang sejati dan membahgiakan jiwa serta hati'
Apa macam ada best tak suara anda bila mnyayikan lagu ini.Sebenarnya saya bukan nak ajar menyayi tapi saya ingin menunjukkan kepada anda apa itu kawan/sahabat?. Melalui kajian saya bila saya tanya kepada pelajar apa itu sahabat? respon pelajar hanya tersenyum tanda tidak tahu.Bila saya pilih secara rawak dengan memilih seorang dari mereka dan mengatakan Apa maksud Sahabat?kata pelajar berkenaan maksud sahabat ialah kawan! dengan simpoinya perkataan itu.Bila ditanya sekali lagi kpd pelajr yang sama malangnya saya sendiri sakit hati adakah patut saya kata apa 'contoh sahabt, dia kata dengan bangganya sahabat itu ialah sahabat itu pun tak tahu ke hayya....
Okay di sini saya nak habak sikit sahabat dan kawan ada bezanya. Jom kita tengok apa bezanya.. Jomalah !!!
Ciri - cirinya
''KAWAN...
-> Sukar di cari apabila dalam kesusahan.
-> Suka mencari kesalahan
-> Akan muncul waktu senang sahaja
-> Suka bercakap belakang
-> Hanya tempat untuk bersuka ria sahaja
''' SAHABAT...
-> Sentiasa ada bila di perlukan
-> Sentiasa saling membantu dan menasihati
-> Akan ada waktu susah mahupun senang
-> Akan sentiasa menjaga aib sahabatnya
-> Bergado macam mana sekali pun pasti akan berbaik semula
-> Tiada sikap dengki atau sebagainya.
*** kawan? dan sahabat? kedua-duanya kita perlukan baru kita dapat rasakan perbezaan antara kawan dan sahabat.
### kata-kata mutiara dari saya...
'' Bila bersahabat jangan jadi seperti bayang-bayang yang hanya muncul pada waktu terang dan menghilang pada waktu gelap''
Persahabatan Sampai Ke Syurga
Assalamualaikum... Sahabat semua hindari rasa riak dalm beramal... Tanda-tanda riak malas ketika bersendirian. Bersemangat ketika berada ditengah orang ramai... Bertambah amalanya bila dipuji dan berkurang amalan jika tidak dipuji... Wallahualam
Khamis, 15 Januari 2015
Itulah maksud Teguran dari seorang Sahabat
Jangan kau sangka kawan mu yang sering menegur mu
itu adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kau fikir kawan mu yang sering
menasihati mu ito adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawan mu yang
tegas beragama itu adalah manusia yang sempurna. Hakikatnya, dia
menegur mu
untuk mengingatkan dirinya juga.
Dia menasihati mu untuk dirinya supaya turut
berjaga-jaga. Dia bertegas dalam hal-hal agama kerana
risaukan bahang api
neraka. Kawan mu itu bukanlah MALAIKAT.
Dia juga manusia. Bersangka baiklah, dia
sebenarnya mahu memimpin mu masuk ke
syurga bersama-
sama...
“Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah dan barbahagialah hati walaupun paya kerana itu Jalan ke Jannah.
Saya Sayang Kamu Sahabat...Semoga hubungan kita sampai ke Jannah...
.jpg)
Isnin, 30 Jun 2014
Selasa, 18 Februari 2014
Peritnya persahabatan...
Kadangkala aku rasa kecil hati
dengan sifat si anuh sebab mulutnya yang main lepas tanpa memekirkan hati orang
lain.Aku bukan apa perkara sebegitu aku sudah rasakan tapi pikirlah perasaan
orang lain,orang sekeliling.Memang tidak dapat ku nafikan hati ini pedih sangat
bila di kata yang bukan-bukan yang boleh melumpuhkan hati ini aku rasa aku lah
orang yang paling terhina di matanya.Aku mula rasa gembira bila dia meminjam
barang ku terutamanya pergi rumah ku untuk melayari internet.Lama kelamaan
kegembiraan ku lupus lagi bila ia mula mengatakan yang tidak-tidak ,memarahi
aku seperti haiwan peliharaannya.
Naluri mana yang tidak rapuh dengan sifat
begitu dan hati insan mana yang tidak terluka dengannya.Kadang-kadang rasa
dendam,benci,jijik,menyampah,sebal,rasa nak buli pun ada wujud tanpa ku sedari.Astaqfirullah
kejamnya aku terhadap rakan ku. Tapi adakah dia memikirkan perkara yang sama
dengan ku?Astaqfirullah apa yang aku cakap ni lupakah kau dalam dunia ni apa
yang kau nak orang gelar, bukankah kau berazam untuk menggenggam gelaran
SAHABAT ! lupakah kau. Kalau macam ni lah caramu sifatmu yang penuh kebencian lupakan lah
gelaran Sahabat tu tak guna kau miliki, kau sendiri tak mempunyai sifat
integriti yang tinggi lupakan lah...lupakan.
Sedihnya bila menahan kesakitan dalam hati... ^_^
Ahad, 16 Februari 2014
Apa Maksud Sahabat??
Persahabatan ? Ramai orang salah mendefinisikan perkataan
itu. Kenapa? Sebab mereka beranggapan sahabat adalah hidup mereka ‘My friend My
life’ tapi kita tahu kea pa sebenarnya perkataan itu. Tarik nafas
panjang-panjang...dan dengar/baca betul-betul apa maksud sahabat.
SAHABAT bermaksud individu yang benar-benar bertanggungjawab
ke atas seseorang yang rapat dengannya tak kiralah dia ni jenis jantina apa
sekali pun.Peranan sahabat yang sejati ialah seseoarng yang boleh memahami isi
hati kawannya sendiri tanpa memberi sedikat alasan yang negetif ke atasnya.Lagi
satu peranan sahabat ialah sesorang yang dapat membantu rakannnya ke arah
kebaikan, bukan ke arah kejahatan.
Sahabat oh Sahabat dimana kah enggaku... Zaman sekarang ni
ke mana kita nak cari sahabat ? kalau kawan,rakan,friend memang kita banyak
memilikinya kalau boleh dikirah lebih kurang banyak juga lah blum lagi ke
hujung utara,selatan,timur ini bru kat barat dah beri-ribu tapi blum tentu kita
dapat memiliki gelaran sahabat atau digelar sahabat.
Memang tidak dapat dinafikan gelaran Sahabat memang tidak mampu kita miliki maupun memiliki tapi
gelaran kawan,rakan,friend dan sebagainya kita mempu genggam.
Sekadar Panduan agar tak salah mendefinisikan maksud.
Rabu, 12 Februari 2014
Untuk Sahabat Tercinta
Awak tahu tak saya berkawan dengan awak bukan sebab awak berharta, anak diraja,
dan bukan juga atas rupa awak, gaya awak, body awak, keluarga awak dan sebagainya.
Tapi satu jer yang membuat saya tertarik berkawan dengan awak iaitu sifat awak
yang selalu risau terhadapku, selalu memberi nasihat, pandangan, teguran, motivasi,
dan yang penting awak selalu mengingatkan saya " Jangan Lupa Allah "
Perkataan yang selalu saya pengang, Saya ingat sampai sekarang
''Tingkatkan Ibadatmu, Mantapkan Imanmu''
Itu perkataan first time kita jumpa.
# Bila lagi kita nak Jumpa rakan macam nie...hehe
Carilah smpai letih takkan jumpa punya.
Langgan:
Catatan (Atom)